Aku respect pada orang yang takde hutang..
Ops.., tak termasuk yang makbapak dia support segala bagai.
Kete mak belikan, umah bapak beli., wah.. bestnya.,
Berbalik soal hutang;
Aku kat opis., dari tadi dok pikir pasal hutang.
Kalo tak, lagi serabai kepala ni.
Aku punya la PK..PK...PK.. 2jam benda ni kat opis.
Punye la free aku hari ni..,
(hari ni je ok, sebab aku dah hantor report, so dok menggodam internet jela keje aku.)
Oke, ni strategi nak habiskan hutang cepat. Diulangi habis hutang cepat, bukan
Tips menyelesaikan masalah hutang kritikal. Beza tu..Oke., ni dia>>
Strateginya adalah:
1- Bila dapat je gaji, terus bayar hutang dulu. Ada lebih, itulah bahagian kita.
Perangai buruk aku, aku selalunya pergi shopping dulu.Mengong!
Start gaji bulan 4 ni, aku nekad, bayar hutang dulu.
2- Bayar hutang lebih dari jumlah yang sepatutnya dibayar.
Contoh;
Installment kereta : RM500
Bayar lebih 30% = 150 + 500 = RM650
Ni ikut mana mampu la, kalo mampu 20%, bayar takat tu jela, lagi banyak lagi bagus cepat habis!.
Pastu bayar mesti konsisten la, jangan bayar lebih bulan ni, bulan depan bayar kurang, atau tak bayar langsung!
3 - Amalkan lagu Ana Rafali
Jangan pandang-pandang. >> jangan pandang sale-sale tu seme.
Jangan pegang-pegang, >> Pegang-pegang, cuba-cuba apatah lagi!
Tahan.. tahan nafsu yew!4 - Bila dating, pegi tempat yang lebih murah. Tapi explain la kat pasangan awk tu, kang gaduh plak..
5 - Kerja sambilan. Ni kalau larat la. Tak larat, jangan menyeksa diri.
6 - Bawak bekal breakfast ke opis.
Lunch tak payahlah, nanti hangat-hangat taik kucen je.
7 - Tukar hobi, kalo korang ada hobi yang "makan" duit banyak, tukar hobi tu untuk sementara waktu.
Cari hobi yang senang dan tak pakai duit banyak, atau!
Hobi tak pakai duit langsung, atau!
Lagi bagus, boleh mendatangkan keuntungan
-contoh bercucuk tanam. Nak lada petik je, tak payah beli.
8 - Puasa sunat selalu.
Insyallah, murah rezeki,mendidik nafsu ( shopping ) dan belajar untuk tidak membazir dan berserdehana,.
9 - Elakkan selalu pergi bersiar-siar di bandar, walaupun setakat nak mencuci mata @ window shopping. Biasalah, Jalan-jalan kat bandar, gerak sikit mesti duit kuar. Nak kencing-bayar, nak parking-bayar, kentot je tak kena bayar lagi weh.!
10 - Jangan tambah hutang lagi. Biasanya bila bayaran kita kat bank cantekkkk., mulalah bank call, offer personal loan , kad kredit bagai.. tolak je. Kalau tak, tak guna semua tips-tips kat atas ni..
Kalau kita mintak pendapat orang., tentang keewangan yang melibatkan jumlah yang besar.,
fikir dulu, jangan terima bulat-bulat.
.
Siapakah orang yang kita tanya tu. Adakah dia orang yang bergaji besar? Banyak aset?
Mak bapak dia kaya?.
Kadang-kadang pendapat orang macam ni tak boleh pakai , tak sesuai, sebab mereka bagi opinion berdasarkan keewangan mereka.
Lebih baik tanya pada orang yang sama gaji dengan kita, atau gajinya kurang dari kita.
So, kita takde over perasaan yang kononnya kita mampu beli kereta import, padahal tak.
(tanya tentang kereta apa nak beli.., sebab aku dah buntu gila, serba-serbi tak kena...)
Aku pernah tanya pada orang yang gajinya lebih rendah pada aku, tapi mak bapak dia kaya.
Kalau aku pakai opinion onion dia, silap haribulan..hari-hari la kena "puasa".
Pergh, memang selera beso!. Lagi mampos aku.
Apapun, kita yang tentukan.
Jangan sampai ...>>
Kerja pagi, pulang petang,
dapat gaji, ah long datang!