So, apa kita nak buat? Supaya boleh lupakan sidia, dan teruskan kehidupan seperti biasa..
1-Tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Berdoa pada Tuhan, supaya memberi kita kekuatan.
2-Padam sms cintan cintun yang dari dia. Kalau tak, susah la nak lupa, kerana sisa-sisa nostagia masih ada.
3-Simpan gambar-gambar,kad, surat, hadiah dalam kotak dan jangan gatal bukak-bukak. Sampailah hati kau betul-betul dah kuat. Nak lagi berkesan, buang je terus.
4-Potong rambut. (bagi pompuan, jangan potong macam lelaki dah la, dose plak nanti)
5-Tukar imej. Maksudnya, dari imej/penampilan yang kurang baik, kepada yang lebih baik. Bukan bermaksud dari lelaki kita tukar imej pompuan dan pompuan tukar jadi tomboy. Atau kena pakai barang-barang mahal,. baju branded. NO..NO
Perasaan kita akan rasa lain sedikit, dan lebih yakin!.
6-Bersukan.
Antara sukan yang sesuai time putus cinta ialah, bola sepak, snooker, bowling..
Bayangkan bola tu kepala dia.. ahah jahatnye imaginasi aku ni..
Lepaskan geram kau tu bebeh!.7-Luahkan.
Luahkan kat orang dipercayai. Ni lelaki susah la sikit, bab luah-luahkan.-ada ego.
Tapi takpe, luah kan kat pokok bonzai ke, kucing kesayangan ke..
Walaupun macam orang gila, tapi puas beb, sebab kau dah luahkan apa yang terbuku kat hati tu..
8-Tengok cerita lawak.
Kat youtube berlambak video lawak,p lah tengok. Ketawalah puas-puas.! Mesti reda skit lara kat hati tu.
9-Hubungi mak ayah., adik beradik.
Kita masih ada orang lain yang seharusnya kita sayangi dan kita tak keseorangan.
Kalau kita yang dulunya sebok bercinta sampai jarang hubungi mak ayah, mungkin inilah hikmahnya,
kenapa hubungan kau putus.
10-Senaraikan keburukan perangai si dia atas kertas.
Memang seronok kutuk orang. haha. tapi atas kertas jela, jangan dengan orang, nanti dose pulak.
Dari situ boleh nampak, berbaloi ke nak menangis dengan peranngai haprak dia tu..?
11-Bercuti.
Ni paling best, bercutilah dengan family, rakan-rakan anda ke destinasi yang menenangkan.
12-Jangan pakai baju warna gelap.
Pakai warna -warna cerah, sebab ia boleh membangkitkan mood ceria!
13-Lawat ke tempat orang yang kurang bernasib baik!
Bila pergi ke tempat-tempat macam ni, kita akan melihat, ada perkara yang lebih menyedihkan.
14- Tidur secukupnya.
Minum susu, dan makan dengan sempurna.
Elak minum kopi(yang ada caffein) untuk mengelakkan dari susah tidur, dan pikir pasal dia sampai pagi bute.
*************************************
Oklah setakat ni, ada idea aku sambung lagi..
Aku dulu putus cinta, habih pokok-pokok bunga mak aku aku trim. huwah,..huwah..
Mesti mak aku heran nape aku rajin semacam.
Tapi okla kan... daripada menonggeng frust tak buat pape...
Cintailah Allah kerana ia sejati, dan takkan kecewa!
No comments:
Post a Comment